Monday, June 8, 2009

Iringan Keselamatan Kunjungan Belia Nanning, China ke Pulau Langkawi


Tipat dan Fitkry bersama-sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.


Jasamu dikenang....


Bersama C'Own, penyelaras program. Pendek tapi berbisa.

Peserta menjamu ikan.









Program Penempatan Keluarga Angkat

PROGRAM PENEMPATAN KELUARGA ANGKAT
KURSUS KEPEGAWAIAN BELIA & SUKAN SIRI 3 TAHUN 2008
29 JUN 12 JULAI
Assalamualaikum,
Syukur ke hadrat Ilahi, kerna dengan limpah kurnianya, Persatuan Belia Tg Bendahara telah berjaya mengendalikan Program Penempatan Keluarga Angkat Kursus Kepegawaian Belia dan Sukan Siri 3 Tahun 2008. Program ini merupakan satu program dimana Pegawai-pegawai Belia & Sukan yang baru memasuki perkhidmatan, diwajibkan mengikuti kursus selama 3 bulan sebelum mula berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Modul aak angkat merupakan sebahagian daripada kursus ini.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dan kakitangan kerana telah memberi kepercayaan kepada pihak persatuan untuk mengendalikan program ini. Bermula pada 29 Jun, seramai 6 keluarga telah bersetuju untuk menerima 8 orang anak angkat (4 lelaki, 4 pompuan) Pak Man menerima Zul, Pak Id dan anaknya menerima Naim dan Din, Pak Zul menerima Shah, Pak Tam menerima Limah n Suziela manakala Pak Chaq menerima Jue n Liza.
Kebanyakkan masa anak-anak angkat dihabiskan di pejabat. Urusan pergi dan balik kerja diuruskan oleh adik2 angkat dan keluarga agkat. Kekadang anak-anak angkat mengambil inisiatif sendiri untuk menaiki teksi atau bas demi memudahkan lagi mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di Bandaraya Alor Setar. Peluang ini juga digunakan untuk melawati dan membeli barang-barang keperluan seharian. Masa malam bersama kelaangkat, banyak dihabiskan bersama kelaurga angkat. Ada juga maam-malam di mana pihak penduduk mengadakan kenduri doa selamat, serta menjemput anak-anak angkat menghadiri. Jadi tidaklah anak-anak angkat rasa terasing selama tinggal disini.
Pergaulan antara anak-anak angkat dan keluarga angkat serta ahli-ahli persatuan amatlah baik. Sepanjang program, tiada masalah yang timbul berkaitan perhubungan sesama penduduk. Yang lebih menggembirakan, perhubungan anak angkat dan keluarga angkat, kebanyakkannya masih berterusan sehingga kini baik melalui telefon ataupun mereka sendiri singgah ke rumah keluarga angkat pabila berada di Alor Setar atas apa-apa urusan.
Semoga, kita mendapat kebaikan dari porgram ini dalam mematangkan tindakan kita dalam menghadapi apa jua masalah yang timbul. Paling utama, semoga ahli-ahli Persatuan Belia Tg Bendahara mendapat semaksimum manfaat daripada program ini.
Sekian, terima kasih.
Pen. Setiausaha
Persatuan Belia Tg Bendahara

Aktiviti-aktiviti Disertai Ahli Persatuan Tanjung Bendahara


PROGRAM : FUTSAL CHALLENGE RAKAN MUDA ALOR SETAR
Tipat (barisan belakang 2 dari kiri)
Fitkry (barisan depan yang gelap sikit)
Bang Chik Azrul (Barisan depan yang cerah)


PROGRAM : RATU CANTIK FELISA
Nawwarni (tiga dari kanan)
PROGRAM : BANTUAN USAHAWAN MUDA
Rahim (berbaju hitam bertopi)

PROGRAM : FUTSAL CHALLENGE RAKAN MUDA ALOR SETAR

Fitkry (berseluar cerah, penuh bergaya seorang pemain gantian sejati)






About Me

My photo
Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia
Persatuan Belia Tanjung Bendahara ini adalah merupakan sebuah persatuan belia majoriti anak muda di kampong ini iaitu Kampung Tanjung Bendahara.Ia yang mula ditubuhkan oleh En.Muhamad Ekrami B.Zulkifli dan ia juga adalah salah seorang anak muda asal yang disegani dikampung ini.Persatuan ini juga telah ditubuhkan pada tahun 2008.Tempat atau tapak semua ahli persatuan ini selalu berkumpul,berbincang serta selalu mengadakan mesyuarat untuk merancang dan mengadakan aktiviti adalah dirumah beliau.