Alhamdulillah, selamat dan berjaya sudah program Konvoi Kemasyarakatan dan Cinta Alam Rakan Muda Alor Setar 2009. Tahniah kepada barisan jawatankuasa dan peserta yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan aktiviti ini. Buat ahli2 wanita, diharap tidak berkecil hati kerana konvoi ini hanya melibatkan ahli2 lelaki. Telah ada dalam perancangan pihak jawatankuasa untuk satu program khas buat ahli2 wanita sahaja dan khabarnya lebih misteri dan sensasi dari program konvoi ni...... nak tahu? risik2la dengan setiausaha ataupun pengerusi....
Corat-coret konvoi......
20-21 oktober 2009
Fitkry (setiausaha) dah mula sengsara sehari sebelum taklimat. Pening kepala dengan bilangan peserta yang turun naik sentiasa.
22 oktober 2009
Ahli-ahli masih tidak dapat mengenalpasti apa yang sebenarnya akan depa alami, kerana aturcara yang ada di tangan depa hanyalah "dummy" atau dengan bahasa indah lagi sopan "aturcara palsu" he he he dan pengurusan tidak memberi langsung penerangan secara detail akan setiap aktiviti yang akan dilakukan.
22 oktober 2009 / 9.00 malam
Sepanjang taklimat keselamatan jalanraya, kebanyakkan peserta agak bosan dan ada yang dah ngantuk, mujur hidangan bihun oleh puan "cikna" telah menyelamatkan situasi.....
23 oktober 2009 / 8.00 pagi
Fitkry semakin tak tenteram seiring dengan makin tingginya naik sang matahari, tetapi beliau masih mampu control macho walau kehadiran peserta "agak membimbangkan"
9.00 pagi
Bukan setakat fitkry..... pengurusan pun dah tak senang duduk melihatkan jumlah peserta yang hadir tak sampai separuh dari target..
9.30 pagi
Alhamdulillah.... 31 org peserta kesemuanya yang telah mengesahkan penyertaan. kurang 9 org dari target sebenar
10.00 pagi
Konvoi mula bergerak.... 2 marsyal telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Marsyal pertama telah memecut di hadapan meninggalkan peserta konvoi sejauh 5-6km.... marsyal kedua khabarnya... "lori pun dia tahan!" begitu bergaya.... apapun tahniah kepada "marsyal2" yang berjasa...
11.00 pagi
Tiba di Rumah Budi.... Terus ke Kampung Aceh, kerana anak2 rumah budi telahpun tersilap dihantar ke kem palas bersebelahan kem kampung acheh.
1.45 tgh
Solat Jumaat.... (shhhh.... rahsia...)
2.00 ptg
Aktiviti ramah mesra. Pakat dapat adik angkat, tapi sayangnya adik2 angkat ni tak menggunakan hp..... he he
Aktiviti explorasi berlangsung rancak... ada yang belajag tulisan jawi, ada yang bebai, ada yang jumpa buah epal, ada yang menonggeng bawah asrama.... he he sporting rupanya ahli2 pesatuan tg bendahara ni..... maklumlah, dapat adik angkat hari ni
9.00 mlm
Taklimat jungle tracking oleh saudara wan dari unit rakan muda yan.
Tipat (pengerusi) telah mengadakan sesi taklimat dan perbincangan mencari idea2 utk memantapkan lagi persatuan...... acara seterusnya masih dirahsiakan, hanya pihak pengurusan sahaja yang tahu, dan sedang mempersiapkan peralatan aktiviti sewaktu tipat bersama-sama ahli persatuan yang lain.
11.00 mlm
Blind trail bermula..... semua dah jadi orang buta, hanya mengharapkan orang depan untuk elak apa-apa halangan, drebar keretapi malam tuh usah dikata la, memang musing merata bagi peserta penat dan hilang arah..... bersambung pula dengan aktiviti nightwalk... masih dengan mata tertutup tetapi secara solo....
setiausaha pun mandi sungai malam tuh.... selipar sampai tercabut..... kacang lak berenang dengan n-gagenya
2.00 pagi
suasana kem tenang...... pakat lena
7.30 pagi
pihak pengurusan terkejut.... sedar2 dah cerah.... tapi yang bestnya.... para peserta dah ready utk senaman pagi.... tahniah kepada jawatankuasa dan peserta yang mampu menepati masa walau tanpa kehadiran pengurusan
9.00 pagi
tracking ke puteri mandi bermula dengan bacaan doa oleh wak... anggaran masa pergi dan balik adalah selama 7 jam termasuk rehat... jadi, masa nih lah yang digunakan oleh pengurusan utk mengambil banner penutup, setelkan bayaran penginapan dan makan minum dan berehat....
1.00 ptg
makan tengahari dah siap tapi peserta masih di atas gunung.... melihatkan gunung yang diselimuti awan mendung... pengurusan dah mula risau, risau jika ada peserta yang mengalami keletihan melampau.....
2.00 ptg
pengurusan dah mula mendaki dah.... sebab risau kat peserta dan jawatankuasa.... kami larat takat 1.5km ja pun, pastu dok cuba menelefon jawatankuasa... makluman yang diterima ada 2 org yg kejang, dan hujan di belah atas sana.... doa terusan dipanjatkan agar semuanya selamat.......
2.45ptg
alhamdulillah... kelibat peserta mula kelihatan...... lega sangat tengok semuanya selamat kembali walau keletihan amat ketara di wajah setiap peserta..... hanya dengan bekalan air mineral sebotol, air teh o sebungkus dan kuih 2 biji utk pendakian sejauh 16km dan memakan masa hampir 7 jam pergi dan balik pada kebiasaanya.... alhamdulillah ahli persatuan berjaya melakukan dengan masa yang lebih pantas.... 2 jam 30 minit pergi dan 2 jam 30 minit balik.... tahniah.... anda semua amat kental...
5.00 ptg
majlis penutup berlangsung dalam suasana amat sunyi akibat keletihan kesemua peserta mengharungi program selama 2 hari satu malam ini.......
7.00 mlm
alhamdulillah..... kesemua peserta selamat tiba di pangkuan keluarga masing2 dengan 1001 kenangan dan pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit....
KEJAYAAN DALAM DIRI MANUSIA BUKANLAH DIUKUR DARI KEMEWAHAN HARTA BENDANYA, SEBALIKNYA JATIDIRI ITULAH YANG MENENTUKAN SIAPAKAH DIRI KITA SEBENARNYA.....
Tuesday, October 27, 2009
Monday, October 26, 2009
Sunday, October 25, 2009
KONVOI KEMASYARAKATAN JATIDIRI BELIA DAN RAKAN MUDA CINTA ALAM
Tarikh : 22-24 Oktober 2009
Destinasi : Tg Bendahara ke Titi Hayun, Yan
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- PERSATUAN BELIA TANJUNG BENDAHARA
- Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia
- Persatuan Belia Tanjung Bendahara ini adalah merupakan sebuah persatuan belia majoriti anak muda di kampong ini iaitu Kampung Tanjung Bendahara.Ia yang mula ditubuhkan oleh En.Muhamad Ekrami B.Zulkifli dan ia juga adalah salah seorang anak muda asal yang disegani dikampung ini.Persatuan ini juga telah ditubuhkan pada tahun 2008.Tempat atau tapak semua ahli persatuan ini selalu berkumpul,berbincang serta selalu mengadakan mesyuarat untuk merancang dan mengadakan aktiviti adalah dirumah beliau.