PROGRAM PENEMPATAN KELUARGA ANGKAT
KURSUS KEPEGAWAIAN BELIA & SUKAN SIRI 3 TAHUN 2008
29 JUN 12 JULAI
Assalamualaikum,
Syukur ke hadrat Ilahi, kerna dengan limpah kurnianya, Persatuan Belia Tg Bendahara telah berjaya mengendalikan Program Penempatan Keluarga Angkat Kursus Kepegawaian Belia dan Sukan Siri 3 Tahun 2008. Program ini merupakan satu program dimana Pegawai-pegawai Belia & Sukan yang baru memasuki perkhidmatan, diwajibkan mengikuti kursus selama 3 bulan sebelum mula berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Modul aak angkat merupakan sebahagian daripada kursus ini.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dan kakitangan kerana telah memberi kepercayaan kepada pihak persatuan untuk mengendalikan program ini. Bermula pada 29 Jun, seramai 6 keluarga telah bersetuju untuk menerima 8 orang anak angkat (4 lelaki, 4 pompuan) Pak Man menerima Zul, Pak Id dan anaknya menerima Naim dan Din, Pak Zul menerima Shah, Pak Tam menerima Limah n Suziela manakala Pak Chaq menerima Jue n Liza.
Kebanyakkan masa anak-anak angkat dihabiskan di pejabat. Urusan pergi dan balik kerja diuruskan oleh adik2 angkat dan keluarga agkat. Kekadang anak-anak angkat mengambil inisiatif sendiri untuk menaiki teksi atau bas demi memudahkan lagi mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di Bandaraya Alor Setar. Peluang ini juga digunakan untuk melawati dan membeli barang-barang keperluan seharian. Masa malam bersama kelaangkat, banyak dihabiskan bersama kelaurga angkat. Ada juga maam-malam di mana pihak penduduk mengadakan kenduri doa selamat, serta menjemput anak-anak angkat menghadiri. Jadi tidaklah anak-anak angkat rasa terasing selama tinggal disini.
Pergaulan antara anak-anak angkat dan keluarga angkat serta ahli-ahli persatuan amatlah baik. Sepanjang program, tiada masalah yang timbul berkaitan perhubungan sesama penduduk. Yang lebih menggembirakan, perhubungan anak angkat dan keluarga angkat, kebanyakkannya masih berterusan sehingga kini baik melalui telefon ataupun mereka sendiri singgah ke rumah keluarga angkat pabila berada di Alor Setar atas apa-apa urusan.
Semoga, kita mendapat kebaikan dari porgram ini dalam mematangkan tindakan kita dalam menghadapi apa jua masalah yang timbul. Paling utama, semoga ahli-ahli Persatuan Belia Tg Bendahara mendapat semaksimum manfaat daripada program ini.
Sekian, terima kasih.
Pen. Setiausaha
Persatuan Belia Tg Bendahara
No comments:
Post a Comment