Friday, September 18, 2009

PING PONG




Alhamdulillah, akhirnya aset pertama persatuan telah berjaya dibeli. merupakan sebuah meja ping-pong "foldable", makin hari makin ramai bakat terpendam yang muncul, tuan pengerusi pun tak ketinggalan, layan sampai jam 3.00-4.00 pagi, ha ha ha seronok oooo........
ada 2 org ahli yang memang komited giler kat meja ping-pong nih, depa dok meniaga jeans kat pacific dari pagi sampai tengah malam, habis ja kerja terus mai celapak di meja ping-pong dulu, sungguh semangat kesukanan yang tinggi......
adapun tujuan pembelian meja ping-pong ini adalah untuk mengisi masa lapang anak-anak tanjung bendahara, disamping itu, amatlah diharapkan dengan adanya meja ping-pong ini tidaklah anak2 tanjung bendahara berpeleseran dan merayap di seluruh pelusuk city plaza.... nak beli meja snuker tak mampu, kalau beli meja snuker rasanya bukan setakat pakat tak keluar dari kampung, takut pakat tak pi sekolah dan tak pi kerja semuanya... ha ha ha
apa pun diharapkan semua ahli dan anak2 tanjung bendahara menggunakan kemudahan dengan sebaiknya, kalau rosak kita semua juga yang rugi.........
disamping itu, Persatuan Belia Tanjung Bendahara dengan segala hormatnya mempersilakan saudara saudari, ahli-ahli persatuan belia tanjung bendahara, ahli-ali persatuan belia dalam daerah kota setar, tuan tuan, puan puan, penduduk kampung tanjung bendahara serta para pembaca, hadir ke
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
PERSATUAN BELIA TANJUNG BENDAHARA
TARIKH :
22HB SEPTEMBER 2009 (SELASA)
TEMPAT :
NO 82, TANJUNG BENDAHARA (RUMAH EKRAMI)
MASA :
2.00 PETANG SEHINGGA MAKANAN HABIS

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia
Persatuan Belia Tanjung Bendahara ini adalah merupakan sebuah persatuan belia majoriti anak muda di kampong ini iaitu Kampung Tanjung Bendahara.Ia yang mula ditubuhkan oleh En.Muhamad Ekrami B.Zulkifli dan ia juga adalah salah seorang anak muda asal yang disegani dikampung ini.Persatuan ini juga telah ditubuhkan pada tahun 2008.Tempat atau tapak semua ahli persatuan ini selalu berkumpul,berbincang serta selalu mengadakan mesyuarat untuk merancang dan mengadakan aktiviti adalah dirumah beliau.